Sistem IXA Kamen Rider IXA (watak)

Sistem IXA adalah sistem Kamen Rider berkomputer. Sistem ini kelihatan menyerupai sistem KV. Ini kerana sistem ini juga menggunakan Fuestle seperti sistem KV. Tambahan pula, IXA berpeluang menggunakan sebahagian senjata Kiva kerana dia mempunyai Fuestle palsu.

IXA Belt

IXA Belt (イクサベルト, Ikusa Beruto) adalah alat yang penting dalam Sistem IXA. Ia mesti digunakan bersama dengan IXA Knuckle apabila penggunanya mengaktifkan sistem ini. Apabila pengguna IXA meletakkan IXA Knuckle pada IXA Belt, terdengar mesej suara yang menyebut "Fist On" (フィストオン, Fisuto On), menandakan penggunanya berjaya megaktifkan sistem IXA.

Tali pinggang ini juga berfungsi sebagai alat pembaca Fuestle. Padanya, ada enam Fuestle yang berlainan fungsi, termasuk memanipulasi gelombang frekuensi mana-mana senjata Kiva.

Fuestles

IXA kini mempunyai tujuh Fuestle. Enam daripadanya diletakkan pada slot berwarna perak di IXA Belt. Terdapat satu Fuestle yang terselit pada IXA Riser. Setiap Fuestle, fungsinya adalah seperti berikut:

  1. Knuckle Fuestle (ナックルフエッスル, Nakkuru Fuessuru): Ia adalah Fuestle pertama yang digunakan oleh pengguna-pengguna IXA pada tahun 1986. Ia berfungsi sebagai kunci untuk memaksimumkan tumbukan pemusnah IXA apabila penggunanya menggunakan IXA Knuckle sebagia serangan pemusnah. IXA Belt akan mengumumkan pernyataan "IXA Knuckle - Rise Up" (イクサナックル・ライズアップ, Ikusa Nakkuru Raizu Appu) sebagai tanda sistem IXA bersedia memusnahkan musuh.
  2. Calibur Fuestle (カリバーフエッスル, Karibā Fuessuru): Ia berfungsi sebagai kunci untuk memaksimumkan IXA Calibur. IXA Belt akan mengumumkan pernyataan "IXA Calibur - Rise Up" (イクサカリバー・ライズアップ, Ikusa Karibā Raizu Appu) sebagai tanda sistem IXA bersedia memusnahkan musuh.
  3. Powerd Fuestle (パワードフエッスル, Pawādo Fuessuru): Fuestle ini berfungsi sebagai kunci bagi mengaktifkan Powerd IXER.
  4. Garulu Fake Fuestle (ガルルフェイクフエッスル, Garuru Feiku Fuessuru): Fungsi Fuestle ini adalah untuk memanipulasi frekuensi Garulu Fuestle milik Kiva. IXA Belt akan mengumumkan pernyataan "Garulu Fake" (ガルルフェイク, Garuru Feiku) sebagai isyarat sistem IXA memanipulasi Garulu Saber milik Kiva.
  5. Basshaa Fake Fuestle (バッシャーフェイクフエッスル, Basshā Feiku Fuessuru): Fungsi Fuestle ini adalah untuk memanipulasi frekuensi Bassha Fuestle milik Kiva. Ia adalah isyarat sistem IXA memanipulasi Bassha Magnum milik Kiva.
  6. Dogga Fake Fuestle (ドッガフェイクフエッスル, Dogga Feiku Fuessuru): Fungsi Fuestle ini adalah untuk memanipulasi frekuensi Bassha Fuestle milik Kiva. Ia adalah isyarat sistem IXA memanipulasi Dogga Hammer milik Kiva.
  7. Riser Fuestle (ライザーフエッスル, Raizā Fuessuru): Fungsi Fuestle ini adalah untuk megaktifkan serangan pemusnah IXA dengan menggunakan IXA Riser. Serangan ini dipanggil Final Rising Blast (ファイナルライジングブラスト, Fainaru Raijingu Burasuto).